Terdiam Anwar bila Muhyiddin jawab mengapa pakej rangsangan ekonomi tak dibahas



Please subscribe


Ahli parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan kenapa pakej rangsangan ekonomi sewaktu krisis pandemik Covid-19 tidak dibahaskan di dalam Parlimen sebelum diluluskan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertanyakan soalan itu dalam soalan tambahan terhadap soalan pertama semasa Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) dari Tubiah Wang (GPS- Kota Samarahan).

“Nak penjelasan diumumkan perdana menteri, impaknya besar, jumlahnya besar,” kata anggota parlimen Port Dickson.

“Mengapa kita halang perbahasan mengenai pemulilihan ekonomi selain lantikan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) itu terus menerus (dilakukan),” kata Anwar merujuk kepada keputusan kerajaan yang mengadakan sidang Parlimen selama satu hari pada 18 Mei lalu.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau telah menjangkaan soalan Anwar itu dan menegaskan mengenai keperluan segera berhubung rancangan rangsangan ekonomi itu.


Loading...

“Kerajaan tak ada pilihan.tindakan segera mesti diambil walaupun sebelum sesi parlimen belum mula.

“Rakyat tak boleh tunggu sesi parlimen. orang nak bantuan sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin memberi jaminan bahawa Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menyampaikan perincian mengenai pakej rangsangan ekonomi di Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Terdahulu, Rubiah bertanyakan mengenai keadaan ekonomi di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Beliau juga bertanya kepada perdana menteri bagaimana kerajaan dapat memastikan tidak ada mana-mana golongan yang dilupakan dalam pakej rangsangan ekonomi.

“Oleh sebab itu kita bentuk Laksana - Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional untuk pantau peruntukan, senaraikan pakej rangsangan ini akan sampai kepada semua kelompok masyarakat,” kata Muhyiddin.


Loading...

Pada masa sama, Shafie Apdal (Warisan-Semporna), dalam soalan tambahan, memberitahu bahawa Sabah dapat mengadakan sidang selama tiga hari pada bulan April meskipun ketika wabak Covid-19.

Shafie, yang juga ketua menteri Sabah, menzahirkan keprihatinannya mengenai masalah pengangguran dan bertanya apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat berhubung isu tersebut.

Muhyiddin menjawab: “Kita telah sebut untuk tahun ini masalah Covid-19 memang peratusan pengangguran meningkat di seluruh dunia masalah besar. Kadar unjuran lima peratus sekarang.

“720,000 (yang menganggur) akhir tahun ini boleh meningkat (kepada) 860,000. Ini bukan (perkara) yang menggembirakan. Persoalan penting harus dilakukan untuk tidak terus merosot,” katanya dengan menyenaraikan beberapa pelan tindakan yang diambil oleh kerajaan termasuk moratorium pinjaman. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram