Armada: RM600k dirampas SPRM untuk bantuan Ramadan, Hari Raya, tak sempat bagi



Pemuda Bersatu (Armada) akan memberikan kerjasama dan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan rampasan wang tunai berjumlah RM600,000 daripada dua anggota sayap parti berkenaan.

Bagaimanapun, Armada menjelaskan wang tersebut sebagai persiapan untuk tujuan kebajikan sewaktu krisis Covid-19 pada bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilftri lalu.

“Armada setegas-tegasnya tidak menyokong sebarang bentuk penyelewengan wang. Maka kami alu-alukan penyiasatan dijalankan dengan adil.

“Namun RM600,000 yang disebut adalah sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan bantuan Covid-19, bulan Ramadan dan hari raya.


Loading...

“Hal ini adalah kerana ketidaktentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Armada, bantuan tahap pertama telah diedarkan pada bulan Ramadan, manakala bantuan tambahan juga telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Terdahulu hari ini, SPRM dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Armada, yang dipercayai milik parti itu.

Menurut Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik The Star, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mengenai kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.


Loading...

Ahli Armada yang menyokong bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa SPRM melakukan intimidasi terhadap mereka yang menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mahathir juga mengancam akan mendedahkan salah laku kerajaan sekiranya tidak berhenti menggunakan agensi penguatkuasaan seperti SPRM untuk mengganggu pembangkang.

Bagaimanapun, SPRM sebelum ini menolak dakwaan bahawa siasatan berkenaan bermotifkan politik dan menegaskan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat oleh Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.

Mahathir, yang disokong Syed Saddiq terlibat dalam perebutan kuasa dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menguasai Bersatu dan kerajaan. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:

Sebelum ini Syed Saddiq kata tiada peruntukan, tetapi sekarang SPRM jumpa RM600,000. Tiba-tiba ada pula peruntukan.



Join our Telegram Channel
Telegram