TMJ: Saya dan kerajaan akan dapatkan peruntukan untuk Muar, tak payah berlakon jadi hero



Beberapa tangkap layar hantaran dari instagram yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mula tular di media sosial.

Dengan hanya merujuk kepada nama ‘Picasso’, rata-rata menyimpulkan bahawa hantaran TMJ itu ditujukan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Antara hantaran yang dibuat oleh TMJ;

“Too Late Picasso. Ini Johor. Bukan tempat orang dehaka kepada Raja dan kaki berlakon. Go Focus bodek your Atok.”

“Jangan lupa siapa yang keluarkan kenyataan "Ketuanan Melayu telah berakhir."”



“Saya dan Kerajaan akan dapatkan peruntukan untuk Muar dan setiap Daerah. Tak payah ada orang nk berlakon jadi hero sedangkan selama ini ada jawatan pun tidak pernah buat kerja. Hollywood. Picasso.” – TMJ



“Use it on yourself (gambar lelaki bertopi koboi memegang sepucuk pistol). R.I.P Picasso.”

“(Bendera Johor berkibar) Picasso SS (disertai dengan tanda pangkah besar padanya).”

Sebelum ini Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mendakwa bahawa beliau telah mendapat pengesahan yang kawasan parlimennya tidak lagi disenaraikan untuk menerima peruntukan wakil rakyat.

“Saya sudah menghubungi bahagian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk mengesahkan perkara ini dan dimaklumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) sendiri yang tidak masukkan Muar dalam senarai,” kata Syed Saddiq dalam satu mesej yang didedahkan anggota Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin di akaun Facebook hari ini.


Loading...

Syed Saddiq kemudian memberitahu pemberita melalui Whatsapp bahawa beliau akan menggunakan keseluruhan gajinya selama sebulan bagi membantu pihak yang terkesan dengan ancaman Covid-19.

“Gaji 1 bulan. Ya. Kerana sampai sekarang peruntukkan sebagai ahli parlimen belum diterima.

“Banyak yang susah di Muar kerana Covid-19 dan perlukan bantuan secepat mungkin,” katanya.

Dalam mesej yang didedahkan Kadir, Syed Saddiq dilaporkan berkata bahawa beliau ingin menyoal Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu sebelum bertindak kerana menghormati kedudukannya sebagai presiden Bersatu.

“Masa Covid-19 melanda negara, masa ini jugalah Muar ditarik bantuannya.

“Apa salah saya, kerana saya menyokong (pengerusi Bersatu) Dr Mahathir Mohamad? Kerana saya tidak mahu bekerjasama dengan (bekas perdana menteri) Najib Razak dan (presiden Umno) Zahid Hamidi yang dikenali satu dunia sebagai kleptokrat,” katanya.


Loading...

Menurut Syed Saddiq, beliau akan tetap bersama Bersatu dari awal sehingga kini meskipun ibu-bapanya pernah diugut, bantuan kewangannya ditarik serta kehilangan peluang untuk bergraduasi atas pentas.

“Pelbagai jenis sogokan ditawarkan untuk membeli jiwa supaya saya tikam parti di belakang, supaya saya buat sidang media hentam Mahathir dan Muhyiddin.

“Tapi saya tetap kekal setia bersama parti dari mula sehingga akhir.

“Apa salah orang Muar? Apa salah saya?” soalnya. – Mkini/Cinca

ARTIKEL BERKAITAN: Apa salah orang Muar? Apa salah saya? - Syed Saddiq





Loading...




Loading...




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram