
KOTA KINABALU: Seramai 600 orang ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) bahagian Sepanggar mengumumkan keluar parti, berkuat kuasa hari ini.
Ketua Wirawati WARISAN Sepanggar, Raisa Abd Ghaffur, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan bahagian.
Loading...
"Pengorbanan kami sangat besar sebagai jentera utama yang turun padang berjumpa rakyat meraih undi untuk kemenangan WARISAN.
"Pemimpin perlu ingat bahawa mereka dipilih oleh rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini,
Beliau mendakwa, keputusan keluar parti beramai-ramai itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan di bahagian berkenaan ditutup.
Loading...
Raisa berkata, mereka akan terus mendekati rakyat sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).
Antara yang turut keluar parti adalah Naib Ketua Wirawati Sepanggar, Fiuanah Sarama; Setiausaha Wirawati Sepanggar, Fazilah Rosli; Bendahari Wirawati Sepanggar, Satra Nur Izman dan Ketua Penerangan Wirawati Sepanggar, Berlinda Ibrahim. – BHarian
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
- Kepimpinan PKR Sabah umum keluar parti
- Dua ADUN UPKO keluar parti, jadi ADUN Bebas sokong PN
- 50 pemimpin wanita PKR Johor umum keluar parti
- 25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar
- Ramai ahli PKR Melaka umum keluar parti hujung minggu ini
Join our Telegram Channel