
Ini semua kebetulan sahaja:
ZAMAN PM-4:
Awal tahun 2001:
Anak tertentu umum bersara dari dunia korporat kerana tak mahu ada tuduhan nepostime terhadap ayahnya. Rujuk sumber.
Akhir tahun 2001:
Tubuhkan syarikat Kencana secara senyap dengan modal RM30 juta walaupun beberapa bulan dahulu sahaja dia telah umum bersara dari dunia korporat. Rujuk sumber.
Tahun 2002:
Syarikat diberi lesen Petronas semasa ayahnya masih PM. Hanya 7 buah syarikat seluruh negara yang diberi lesen tersebut. Tiada pengumuman dibuat masa itu.
"Awarded a major fabrication (Offshore Structures) license by PETRONAS. Kencana Petroleum is one of only seven licensees in Malaysia.
• Awarded the Group’s first topside and jacket project. Rujuk sumber (muka surat 6)
Loading...
Tahun 2003:
Ayahnya letak jawatan sebagai PM dan dilantik serta-merta sebagai penasihat Petronas.
Tahun 2013:
Anak tertentu menjadi orang ke-9 terkaya dalam Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya untuk tahun itu dengan kekayaan RM4.22 bilion akibat keuntungan syarikat kencana petroleum semakin naik. Rujuk sumber.
Akhir tahun 2013:
Ayahnya umum dia letak jawatan sebagai penasihat Petronas tapi sebenarnya tak pernah letak jawatan. Rujuk sumber.
Tahun 2016:
Akhirnya pelantikan ayahnya sebagai Penasihat Petronas ditamatkan. Rujuk sumber.
Loading...
ZAMAN PM7:
31 Mei 2019:
Anak tertentu tiba-tiba letak semua jawatan dalam syarikat Opcom tanpa sebab diberi (tapi saham tak jual. Masih milik anak-anak). Rujuk sumber 1 dan sumber 2.
28 Aug 2019:
Kabinet kerajaan PH tiba-tiba luluskan projek mega Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6b.
Sebelum ini, tak pernah dengar tentang projek ini. Lain-lain projek infra rakyat tak lulus kerana kononnya negara sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion tapi projek NFCP diluluskan dengan begitu laju oleh kerajaan PH pulak. Rujuk sumber.
Sept 2019:
Harga saham syarikat Opcom yang merupakan antara pembekal utama bila projek NFCP dilaksanakan naik setinggi 50% selepas kabinet umum projek diluluskan. Rujuk sumber.
Ini semua kebetulan sahaja.
Banyak lagi cerita-cerita "kebetulan". Mahu lagi?
#Cukupcukuplahdia
– Najib Razak
ARTIKEL BERKAITAN:
- Najib: Mungkin kebetulan Tun M terbagi projek mega ke syarikat anak-anak
- Tanya Tun M jika ada berjuta saham dalam syarikat Golden Horses Palace
- Najib: Mungkin kebetulan Tun M terbagi projek pada kroni
Join our Telegram Channel