Hasut benci Agong, laporan polis atas Anwar, Mahathir



LAPORAN POLIS BERAMAI-RAMAI KE ATAS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Saya difahamkan hari ini sembilan laporan polis akan dibuat oleh UMMAH ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad atas Kenyataan Bersama Sempena Ulangtahun Kedua Kemenangan Pakatan Harapan yang mereka buat semalam.

Saya juga difahamkan banyak lagi pihak lain yang akan turut membuat laporan sama di seluruh negara.


Loading...

Dikatakan bahawa laporan mereka akan berbunyi lebih kurangnya seperti berikut:

1. Pada tarikh __ jam __, waktu saya berada di rumah beralamat ___, saya membaca Kenyataan Bersama Sempena Ulangtahun Kedua Kemenangan Pakatan Harapan yang dibuat oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Port Dickson serta YB Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi BERSATU dan Ahli Parlimen Langkawi.

2. Kenyataan Bersama ini mengandungi petikan berikut:

“Memahami situasi ini, kami tidak mengiktiraf kerajaan hari ini.”

“Tidak ada satu pun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat.”

“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya.”

3. Kenyataan Bersama ini dilaporkan secara meluas oleh media massa di seluruh negara dan saya sendiri membacanya di pautan ini: _________


Loading...

4. Kenyataan Bersama ini menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong selaku pihak yang melantik kerajaan sekarang dan terhadap kerajaan itu sendiri selain mengandungi seruan untuk menggulingkan kerajaan sekarang. Kesemua ini saya percaya merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara, khususnya di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

5. Kesalahan ini sangat serius kerana kerana pembuatnya ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden PKR dan mantan Timbalan Perdana Menteri serta YB Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi BERSATU dan Ahli Parlimen Langkawi merangkap mantan Perdana Menteri yang masing-masingnya ramai pengikut.

6. Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atasnya.

– Dr Kamarul Yusoff

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan hari ini tidak sah, tegas Mahathir dan Anwar



Join our Telegram Channel
Telegram