Pengasas PKR salahkan Tun M kejatuhan PH



PETALING JAYA: Perpecahan kembali melanda Pakatan Harapan ketika gabungan itu bersedia untuk kemungkinan menggulingkan Muhyiddin Yassin di Parlimen minggu depan.

Ini menyusul ketika PKR dan DAP yang kini merupakan parti penting dalam PH selepas sejumlah ahli PPBM tanpa mengira pangkat menyertai Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin, merancang “roadshow” di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat.


Loading...

Tetapi, walaupun ada cubaan untuk menunjukkan perpaduan dalam gabungan itu, pemimpin PH kini saling menuding jari berhubung punca kejatuhan kerajaan berusia 21 bulan itu.

Terdahulu, Syed Husin Ali yang merupakan seorang daripada pengasas PKR, hari ini menyalahkan Mahathir, walaupun bekas perdana menteri itu bersetuju kembali ke blok PKR-DAP untuk menghidupkan semula PH.


Loading...

“Terima kasih Tun M. Dengan letak jawatan, Tun berjaya:

  • Gulingkan kerajaan pimpinan sendiri;
  • Gadaikan kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri kepada musuh;
  • Sekat kenaikan Anwar yang ditakuti.

“Tak payah minta maaflah,” tulis bekas timbalan presiden PKR itu di Twitternya.


Loading...

Peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri dan tindakan PPBM meninggalkan PH menyebabkan kerajaan PH tumbang minggu lalu.

Mahathir kemudiannya dilaporkan berkata, beliau meletak jawatan untuk membolehkan ahli Parlimen memilih perdana menteri seterusnya, walaupun berdepan tekanan daripada kumpulan pro-Anwar untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa kepada pemimpin PKR itu bagi menerajui negara.


Loading...

“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan saya adalah salah,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada 26 Feb lalu. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN
Catatan Syed Husin Ali di Twitter pada Selasa

Join our Telegram Channel
Telegram