Netizen desak Syed Saddiq jelaskan bagaimana wang parti ada dalam rumah?



KUALA LUMPUR, 30 Mac – Pengguna media sosial hari ini mendesak bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman yang membuat laporan polis tentang kehilangan sejuimlah besar wang tunai dikatakan milik parti dari peti besi di rumahnya, menjelaskan bagaimana wang parti boleh berada di rumah?

Pengguna Twitter @FrozenGrey berkata “ini namanya bangsat tuan-tuan. Dulu tuduh Azeez Rahim (Ahli Parlimen Baling) dan simpan cash dalam rumah, sekarang dia sendiri buat tuan-tuan. Baru 22 bulan dah ada cash sebanyak ini. @SyedSaddiq perompak duit rakyat ke?

@razlanrafii pula menulis, “kenapa simpan Cash? Mana datang sumber duit ini? Mana ada orang nak derma macam ni punya banyak? Mencuri? Pecah amanah? Salah guna duit Parti? Salah guna jawatan Menteri?”


Loading...

Beliau turut meminta pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM untuk menyiasat.

@Sir_Azri pula menulis, “Duit RM 250 ribu tu hasil Syed Saddiq menabung sejak lahir. Masa dia sunat dulu pun ramai orang sedekah. Jangan fitnah Guys, dia kesayangan DAP”.

@ikmalhazeeq95 pula menulis, “Harap semua ni fitnah yang ditujukan kepada @SyedSaddiq. Mustahil simpan duit kt rumah setelah dia mengata boss ita @NajibRazak. Malahan berpegang kepada prinsip menolak korup. Apa cer ni, lain kali jangan fitnah orang lain”.


Loading...

“Duit parti simpan kat rumah ke @SyedSaddiq? Takkan ARMADA takde account bank.. Oi @ulyahusamudin apa cerita ni boss hang simpan suku juta ringgit kat rumah?”, tanya @Kabir_Akram pula.

@dents_mazlan pula “baru 22 bulan jadik menteri , dah bule ada rm 250 ghibu dalam peti besi di rumah. Duit dari mana datang nih b*b*. eh silap lak. Sori (baby) @SyedSaddiq. Selepas Polis siasat, elok @SPRMMALAYSIA siasat lak dak baby nih..”

Kesemua persoalan ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan bekas Menteri berkenaan yang pernah mempersoalkan sejumlah wang di dakwa milik parti yang dijumpai di rumah beberapa orang pemimpin UMNO, tidak lama selepas PRU14 berakhir. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ: Saya dan kerajaan akan dapatkan peruntukan untuk Muar, tak payah berlakon jadi hero



Join our Telegram Channel
Telegram