LTTE: Khalid kutuk PDRM, Muhyiddin ke? – Najib



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Khalid Samad berhubung kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang memuji keputusan berani Peguam Negara menghentikan serta-merta prosiding kesemua 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, yang menangkap semua tertuduh itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Loading...

Soal Najib, adakah PDRM golongan ekstrimis Melayu.

“Yang kata mereka ditangkap kerana ada bukti kukuh, Menteri KDN di bawah kerajaan PH. (Menteri KDN ialah Muslim kumpulan kanan terlajak ke?)

“Yang dakwa mereka, AG di bawah kerajaan PH. (AG ialah pihak yang telah sengaja dikelirukan ke?),” katanya menerusi akaun Facebook beliau.

Loading...

Malah, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Peguam Negara yang gugurkan pendakwaan tersebut juga adalah Peguam Negara di bawah kerajaan PH.

“Lepas itu, Lid puji kerajaan PH kerana bertindak professional, adil dan berani.

“Kerajaan PH yang mana kamu puji, Lid?

“PDRM, Menteri KDN atau AG?,” soalnya. – MalaysiaGazette

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram