Melaka tergantung, BN bakal bentuk kerajaan negeri baharu



PWTC – Kerajaan negeri Melaka sekarang sedang tergantung. Kenyataan itu dibuat oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika sidang media bersama di Pusat Dagangan Dunia (PWTC) sebentar tadi.

Ketika ini Melaka mempunyai 13 kerusi di kedua-dua belah pihak, BN dna PH. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka itu menyanggah kenyataan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari bahawa kerajaan berjalan seperti biasa.


Loading...

"Pihak perhubungan UMNO negeri Melaka pihak Pakatan Harapan membuktikan kepada TYT dengan segera menyerahkan SD tanda sekongan majoriti wakil rakyat terhadap kerajaan negerinya.

"Sekiranya mereka tak dapat membuktikan mendapat majoriti ini membuktikan kerajaan negeri berada di dalam keadaan tergantung." katanya.


Loading...

BN Melaka di dalam masa yang sama juga sedang berusaha untuk mengumpulkan SD dan bakal mempersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob sedikit masa lagi.

Ketika ditanya sama BN Melaka sudah mendapat cukup SD, Ab Rauf Yusoh menjawab ringkas, "Tunggu dan lihat".


Loading...

Terdahulu, Adly dilaporkan berkata kerajaan PH mendakwa masih mempunyai Adun yang cukup untuk mempertahankan kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, tiada sebab untuk PH meninggalkan pentadbiran negeri kerana sebahagian besar Adun kerajaan termasuk exco kekal dengan sokongan mereka seperti sebelum ini. – Cinca

Loading...


Please subscribe


Loading...

ARTIKEL MELAKA:

Join our Telegram Channel
Telegram