Tunggu dan lihat – UMNO Melaka



MELAKA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata pihaknya mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ berhubung situasi politik di dalam negara ketika ini.

“Kita tengok dulu apa yang berlaku pada malam ini. Apa-apa nanti, saya akan panggil awak (BH) untuk buat PC (sidang media).

Loading...

“Ramai yang tanya saya (mengenai perkembangan politik hari ini), saya kata nanti dulu. Tunggulah ya,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Halim Bachik, turut kunci mulut untuk memberi sebarang ulasan.

Loading...

“Saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sekarang. Saya belum memberi komen apa-apa, setakat ini,” katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sedik, pula akan membantu rakannya dalam pakatan jika ada sebarang perubahan berlaku pada peringkat pusat. – BHarian

Loading...

ARTIKEL MELAKA:

Join our Telegram Channel
Telegram