PN utamakan MP yang dah vaksin, sebab tu tak buka Parlimen, rakyat kebal takpe, kata netizen



Melihat kerajaan gigih mempertahankan kewajaran agar parlimen tidak bersidang, Najib Razak hari ini secara sinis menempelak salah seorang menteri Perikatan Nasional (PN).

Merujuk kepada laporan berita yang memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Takiyuddin Hassan, bekas perdana menteri berkata, dia melihat PN kini lebih mengutamakan kesihatan ahli parlimen berbanding orang awam.

"Rupanya keutamaan kerajaan PN ialah untuk melindungi kesihatan ahli parlimen yang telah divaksin agar tidak dijangkit Covid-19.


"Habis itu, kesihatan puluhan juta murid-murid sekolah serta pengunjung ke bazar Ramadan sampai (jam) 2 pagi, hotel dan konvensyen, pasar malam, acara dan perhimpunan politik PN, cinema, pusat urut, 'shopping mall', kedai 4D, kasino Genting dan sebagainya yang belum diberi vaksin, macam mana pula?

"Tak perlu lindung dan tak jadi keutamaan kerajaan PN ke?" tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Takiyuddin berkata kerajaan memberi jaminan sidang parlimen akan segera diadakan apabila tiba masa yang sesuai sama ada sebelum ataupun selepas darurat ditamatkan.


Setiausaha Agung PAS itu memberi janji tersebut ekoran wujud gesaan berterusan pelbagai pihak supaya parlimen dibenarkan bersidang ketika pelbagai langkah diumum kerajaan menimbulkan kebimbangan.

Bagaimanapun menurut Takiyuddun, keputusan membuka semula parlimen atau tidak bergantung kepada nasihat dan pandangan pelbagai pihak terutamanya daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. 

Malam tadi Majlis Tertinggi Umno turut mendesak kerajaan supaya segera mengadakan sidang parlimen. – Mkini

 

Join our Telegram Channel
Telegram