Najib create Telegram Channel selepas facebook disekat



PETALING JAYA: Najib Razak mendakwa akaun Facebooknya mungkin disekat pada Khamis, selepas dimaklumkan beberapa hantarannya tidak muncul di ‘timeline’ pengikutnya.

Bekas perdana menteri itu menyoal sama ada pihak tertentu bertanggungjawab atas perkara itu.


“Adakah ada pihak yang kacau? Saya main FB pun ada yang takut?” soalnya di Telegram.

Akaun Telegramnya itu setakat 11.30 malam tadi sudah mempunyai kira-kira 5,213 pengikut.


Sejak disingkirkan sebagai perdana menteri, Najib menjadi antara anggota pembangkang paling lantang bersuara, terutama ketika pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Malah pada 2019 beliau turut menggelar dirinya “King of Trolls” di media sosial. – FMT

 

Join our Telegram Channel
Telegram