PETALING JAYA: Mahkamah Majistret memberitahu polis bahawa Fahmi Reza mesti
dibebaskan pada 5 petang hari ini.
Peguamnya, Rajsurian Pillai, memberitahu FMT, Hakim Nitya Ravindran
membenarkan reman hanya satu hari walaupun polis memohon empat hari untuk
menjalankan soal siasat bawah Akta Hasutan.
Prosiding itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi.
“Tahan reman dia (Fahmi) sehingga pukul 5 petang,” kata peguam itu.
Selain Rajsurian, peguam Yohendra Nadarajan turut mewakili Fahmi.
Baru-baru ini, Fahmi menghasilkan beberapa senarai “playlist” Spotify yang
seolah-olah mengejek Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah, berhubung komen di akaun Instagram peribadinya.
Satu daripada catatan itu adalah memasak makanan kegemaran rakyat Malaysia
seperti bubur lambuk, roti John dan cucur jagung.
Seorang daripada pengikutnya bertanya sama ada tukang masak istana turut
divaksin, Tunku Azizah menjawab “Dengki ke?”
Jawapan itu segera mendapat tumpuan di Twitter, dengan ramai pengguna
menjadikan istilah itu sebagai “hashtag”.
Fahmi menghasilkan beberapa “playlist” di Spotify bertajuk “This is dengki
ke?” yang memaparkan gambar Tunku Azizah.
“Playlist” itu kemudiannya dipadam oleh Spotify, menyebabkan Fahmi beralih
kepada Apple Music. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel