Lelaki dipukul, diugut bunuh majikan kerana puasa, U mahu ikut Allah atau ikut saya



Pada 13/04/2021 jam lebih kurang 2200hrs, semasa saya berada di alamat One KL Condominium Complex Kuala Lumpur 6, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Semasa saya dan kawan saya bernama Ahmad Shamsuri bin Zailani no kp: 940427065357 duduk di dalam condominium milik rakan bos saya. Bos saya bernama Mr Chung CheeYang, dia bertanyakan kepada kawan saya dan saya "U orang puasa ke?"

Dan saya menjawab "ye kami puasa" dan selepas itu beliau menampar serta ketuk kepala saya dan kawan saya menggunakan telefon bimbitnya di depan staff di dalam condomonium.

Beliau menyatakan saya sudah cakap jangan puasa, siapa yang bayar gaji u, saya je atau U punya Allah, U tahu ke siapa saya. Itu Allah tak boleh jaga saya. Saya berhentu U orang nanti, U orang minta Allah bayar U punya gajilah.


Semasa hendak turun dari lif saya telah ditampar dan ditarik rambut manakala rakan saya telah ditampar dan menyatakan U orang mau complain saya ke, itu IGP (Ketua Polis Negara) saya pegang. Kemudian saya telah pergi ke basement untuk mengambil kereta eskot dan pergi ke lobi.

Setiba di lobi, sekali lagi Mr Chung CheeYang memanggil saya dan mengatakan "U mahu ikut Allah atau U mahu ikut saya".

Apabila sampai di rumah majikan saya di alamat No 2A Lorong 9L Jalan BT Nilam 9 Bandar Bukit TInggi 41200 Klang Selangor, semasa berada di lokasi seramai 2 bodyguard yang lain beserta staff anggaran lebih kurang 11 orang yang lain tunggu di hadapan rumah beliau.

Beliau menyuruh seorang stass bernama Mr Choo pergi ambik satu kayu rotan dan menyuruh pukul di belakang saya serta rakan saya secara bergilir-gilir.


Mr Chung CheeYang turut memukul saya (Menampar, tendang, tumbuk) dan mengulangi "U mahu ikut Allah atau U mahu ikut saya, tengok dia boleh kasi U gaji ke".

Kemudian beliau terus memukul saya dan beliau juga mengugut saya "U ha saya panggil orang setting (ganggu atau memukul saya dan keluarga) sama U". Saya mengatakan "sorry bos sakit".

Kemudian Mr Chung CheeYang datang ke arah saya dan mengatakan "mari pistol" dan beliau terus merampas pistol yang diletakkan di bahagian pinggang saya.

Selepas itu, Mr Chung CheeYang memegang sepucuk pistol yang beliau rampas dari saya sambil mencekah dan diacukan ke arah saya sambil mengatakan "saya boleh tembak sama U. tengok Allah boleh tolong ke".


Akibat dipukul, saya dan rakan mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan, kepala dan lengan.

Akibat dari kejadian tersebut, saya mengalami trauma, fobia, dan ketakutan terhadap keselamatan diri saya dan keluarga.

Saya datang ke balai buat laporan pilis tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Mr Chung CheeYang serta tindakan selanjutnya oleh pihak polis dan untuk keselamatan diri serta keluarga saya serta rakan saya di kemudian hari.

Sekian laporan saya.

– Palie Sk













Join our Telegram Channel
Telegram