Juru ukur dalang bocor info tender terima RM1.4 juta



PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang ditumpaskan semalam.

Lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi dibuat lewat malam semalam dirumahnya di Ampang.


Menurut sumber, beliau dipercayai telah menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender.

Kata beliau, hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

“Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran iaitu anggaran RM1.2 juta telah dibayar kepada beliau.


“Siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan ini dan enggan mengulas lanjut.  – Utusan




Join our Telegram Channel
Telegram