Jalan sesak dua individu mabuk selamba tidur depan traffic light



Kes kemalangan akibat mabuk merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbangkan kepada jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia.

Terbaru, tular satu rakaman video menunjukkan dua orang pemuda ditemui tertidur di dalam kereta di hadapan lampu isyarat setelah disyaki mabuk.


Perbuatan mereka telah menyebabkan gangguan lalu lintas hingga menyebabkan  pengguna jalan raya terkandas dalam kesesakan trafik jalan raya. Namun tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku.

Perkongsian video tersebut telah mendapat ribuan reaksi dan pandangan daripada pengguna media sosial.

Rata-rata ramai yang terkesima melihat mereka berdua boleh tidur tidak sedarkan diri walaupun perakam video telah melaung dan menggoncang pintu untuk mengejutkan mereka.


Pada masa yang sama, ramai netizen memuji ‘tindakan’ mereka kerana tidak meneruskan pemanduan dalam keadaan mabuk yang boleh membahayakan diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Apa pendapat anda mengenai tindakan kedua-dua individu ini? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen. – Vocket





Join our Telegram Channel
Telegram