Warga emas ditahan cabul cucu umur 5 tahun



KOTA MARUDU – Seorang lelaki warga emas ditahan atas kesalahan mencabul cucunya dalam kejadian di Jalan Pekan Lama, di sini semalam.

Perbuatan jijik lelaki berusia 60 tahun itu terbongkar selepas disedari bapa mangsa berikutan terdengar suara kanak-kanak berusia lima tahun berkenaan mengadu sakit.


Bapa mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis kira-kira pukul 4 petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian dan terus menahan suspek sebaik menerima laporan.

“Siasatan awal mendapati kejadian disedari bapa mangsa selepas terdengar suara anaknya yang mengadu ‘sakit’ ketika melalui bilik mentuanya.


“Bapa mangsa terus melihat ke dalam bilik dan mendapati mangsa berada di atas badan suspek dalam keadaan separuh bogel,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Izaan memaklumkan suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – Kosmo

 

Join our Telegram Channel
Telegram