Dua MP PKR serah SD sokong PN



PETALING JAYA – Dua ahli parlimen pembangkang hari ini (semalam) menandatangani Akuan Bersumpah (SD) yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Facebooknya selepas kedua-dua Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan SD kepadanya di Putrajaya.


“Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

“SD oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya,” katanya di laman Facebook sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, dengan sokongan itu, tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik Covid-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara. – Kosmo


Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada...

Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, 27 February 2021

 

Join our Telegram Channel
Telegram