Polis larang tayar kangkang, denda RM2,000, penjara 6 bulan



UBAH SUAI KENDERAAN MENGGUNAKAN TAYAR “HELLAFLUSH” BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM2,000

Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar “Hellaflush” semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia.

Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.


Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. – PDRM









Join our Telegram Channel
Telegram