Zaharin disaman RM50 juta fitnah syarikat kartel daging haram



PETALING JAYA: Pemilik syarikat pengedar daging Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dari Johor memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap seorang individu, Abd Zarin Mohd Yasin, kerana mendakwanya terlibat mengedar daging haram.

Peguam Mohd Haaziq berkata, syarikat dimiliki Rahman Sheikh Abdullah dan isterinya Raihanah Kasim itu, cuma pengedar dan bukannya pengimport dengan permit yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Haziq berkata, dalam notis difailkan semalam plaintif menuntut permohonan maaf secara rasmi dan pampasan selain mahu defendan berhenti mengeluarkan kenyataan seperti itu lagi.

Zarin diberi masa lapan hari untuk membalas.


Minggu lalu, catatan Zarin di Facebook yang tular mendakwa antara lain, Raihanah Cold Storage terbabit dalam perniagaan membungkus semula daging haram yang dijual sebagai halal di pasaran tempatan.

Catatan itu turut menyertakan gambar sijil pendaftaran syarikat Rahman malah termasuk nama dan nombor kad pengenalan Raihanah.

Syarikat itu satu-satunya syarikat milik Bumiputera terbabit dalam pengedaran daging halal ke pasar di Johor Bahru.

Sementara itu, Rahman berkata catatan yang tular itu menyebabkan keluarganya menerima ancaman bunuh menerusi telefon, malah mereka kini takut meninggalkan rumah.

Rahman, yang sebelum ini penjual daging berkata, beliau hanya berurusan dengan satu pembekal yang dipercayai.


“Sebelum ini saya tidak pernah dengar mengenai isu kartel itu,” katanya pada sidang media.

Susulan catatan di Facebook itu, katanya, pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memeriksa kilangnya pada 1 Jan dan mendapati tiada bukti berlaku kesalahan seperti didakwa itu.

Media sebelum ini melaporkan aktiviti kartel terbabit dalam penyeludupan daging beku dari beberapa negara yang dibungkus semula menggunakan logo halal untuk pasaran tempatan.

Sindiket itu turut dikatakan menawarkan rasuah kepada beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai kanan agensi tertentu sebagai habuan untuk melepaskannya ketika pemeriksaan di laluan masuk. – FMT



Saya tidak ada masalah pun untuk di saman. Saya gelak aja. Jika dia belajar memahami kerangan. Saya tidak sebut pun...

Posted by Zaharin Mohd Yasin on Saturday, 9 January 2021


Join our Telegram Channel
Telegram