Timbalan Ketua Menteri Sabah positif Covid-19



KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Setiausaha Politiknya, Arlinsia Agang berkata, Jeffrey disahkan positif selepas menjalani ujian calitan pada Ahad.


"Keputusan ujian menunjukkan beliau positif Covid-19.

"Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) dan dalam keadaan stabil," katanya pada Isnin.


Arlinsia bagaimanapun berkata, Jeffrey tetap akan melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah menerusi persidangan video, e-mel dan pelbagai kaedah lain.

Sementara itu, Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memaklumkan bahawa beliau dalam keadaan baik dan dalam masa sama berharap Sabah bebas daripada Covid-19. – Sinar



Join our Telegram Channel
Telegram