BUKIT BARU 31 Jan. – Suasana pilu menyelubungi Jabatan Perubatan Forensik
Hospital Melaka hari ini apabila keluarga angkat Allahyarham Zubaidi Amir
Qusyairi Abdul Malek tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak
ketika menunggu proses bedah siasat jenazah Amir.
Keadaan itu turut meruntun perasaan petugas media yang membuat liputan di
pekarangan jabatan itu serta VIP yang hadir.
Kira-kira jam 10.30 pagi kelihatan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk
Wira Sazali Muhd Din bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
(MPHTJ), Datuk Shaadan Othman hadir bagi memberikan kata-kata semangat kepada
keluarga angkat Allahyarham Amir.
Turut hadir, wakil Pemuda UMNO Kota Melaka, Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk
Kamaruddin Sidek dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd
Ridhwan Mohd Ali.
Ketika ini difahamkan proses bedah siasat masih berjalan dan menurut ibu
angkat mangsa, Norlida Abu Hassan, 50, pihaknya dimaklumkan ia dijangka
selesai sebelum Maghrib.
Sementara itu, difahamkan proses pengebumian dijangka dibuat esok namun belum
dipastikan sama ada jasad arwah akan disemadikan Simpang Bekoh, Jasin atau di
Rawang, Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mati didera, ibu, bapa tiri lapor konon anak lemas
- [Video] Kalau tahu saya tak serah kepada ibu kandung dia
- Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak sebelum mati didera
- Ibu kandung arwah adik Amir ada masalah mental, dedah kawan
- Mahu tuntut jasad adik Amir, keluarga angkat terkilan dengan layanan pihak sana
- Ibu kandung arwah Amir bukan pesakit mental – Polis
- Suasana pilu di Hospital Melaka tunggu bedah siasat arwah adik Amir
- Banyak kecederaan baru dan lama, Amir meninggal anggaran 2 jam, bukan 2 hari – Polis
- Amir dikebumikan di Jasin Melaka
- Bapa tiri Amir pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan memukul isteri
Join our Telegram Channel