Suami izinkan isteri peluk bekas teman lelaki buat kali terakhir ketika bersanding



Hari bersanding merupakan salah satu hari yang bahagia buat pengantin baharu.

Tapi, kalau bekas kekasih suami atau isteri korang datang waktu majlis bersanding tu mesti rasa kurang senang, betul tak?

Tambah lagi kalau bekas kekasih tu jenis yang tak boleh nak move on.


Tapi lain pula jadinya dengan pasangan pengantin di Indonesia ini.

Menerusi satu video yang viral dari aplikasi TikTok baru-baru ini, pengantin perempuan tu telah memeluk bekas teman lelakinya yang turut hadir ke majlis perkahwinan itu.

Tapi sebelum dia peluk bekas kekasih dia tu, dia siap minta izin suami dia lagi yang duduk dekat sebelah tu. Suami dia pun rasa serba salah jer nak geleng kepala. Kah!


Jadi, suaminya pun angguklah dan beri tanda setuju.

Dengan rasa tak bersalah, pengantin perempuan tu terus peluk je bekas teman lelaki dia dikhalayak ramai.

Lepas je dari tu, bekas teman lelaki dia pula dengan selamba peluk pengantin lelaki dan ucapkan tahniah.

Video tersebut kemudiannya  tular di serata laman sosial danmenjadi tontonan ribuan netizen. – Cempedakcheese


@mayangkumay

Balas @nikennalee well netizen yg terhormat semua bebas berpendapat dipersilahkan 😅 ##fyp

♬ original sound - Mayangkumay



Join our Telegram Channel
Telegram