Ibu Yati nak saman Yadim, tuntut Nasrudin mohon maaf



KENYATAAN IBU YATI PADA 3
29 JANUARI 2021, 10:30 PM

IBU YATI BERI TEMPOH SEMINGGU YADIM MINTA MAAF

Tokoh Wartawan Rakyat yang juga pemilik akaun Facebook (FB) yang dikenali Ibu Yati memberi tempoh tujuh hari kepada YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di semua media berkaitan tohmahan dan fitnah ke atas Ibu Yati kononnya membawa ajaran sesat, menuduh membawa agama baru, membawa agama Melayu dan juga ajaran sesat Ibu Yati melalui kenyataan medianya.

Kenyataan rasmi beliau telah disiarkan hampir semua media perdana dan media sosial pada 29 Jan 2021. Berdasarkan maklumat FB beliau yang juga merupakan seorang tokoh politik PAS, beliau telah menghasut, memfitnah, menghina dan menimbulkan kebencian awam serta menjatuhkan reputasi saya dan memberi imej negatif terhadap saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat yang dilantik oleh DYMM Agong.


Antara fitnah beliau terhadap saya termasuklah:-

1) Kononnya saya melahirkan agama baru iaitu agama Melayu.

2) Saya melakukan syahadah pelik Ila Ha Ila Ra Ila Ma dan disambungkan dengan pengakuan Aku Melayu sebanyak 7 kali.

3) Saya menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya saya dan lain-lain membawa Islam Melayu.

4) Dia menggambarkan niat jahatnya terhadap saya dengan merancangkan tindakan penguatkuasaan terhadap saya. Sedangkan saya tidak dimaklumkan kesalahan atau ditangkap atau didakwa atas apa-apa kesalahan berkaitan agama Islam.


5) Beliau juga jelas menghasut seluruh rakyat Malaysia membenci saya dengan memfitnah saya membawa ajaran Islam Melayu yang dikatakan ajaran yang sesat lagi menyesatkan.

6) Belau mengaku pernah kenal saya tetapi saya tidak pernah kenal dia.

Saya mendapati kandungan di YouTube IBU NEWS CHANNEL telah dimuat turun, diubahsuai dan disiarkan kembali di luar konteks termasuk melibatkan rakaman video lain yang berusia lima tahun lalu.

Saya menafikan semua tohmahan dan fitnah YDP YADIM Nasruddin Hassan bahawa saya ada mengeluarkan sebarang mana-mana kenyataan saya membawa agama baru, agama Melayu dan ajaran Ibu Yati yang jelasnya ia tuduhan berniat jahat dan fitnah yang mahu menjatuhkan reputasi saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat yang dianugerahkan DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Saya mohon siasatan dan tindakan pihak polis ke atas pemilik FB berkenaan kerana telah menjatuhkan reputasi, maruah saya dan imej saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat. Laporan polis telah pun saya buat pada 29 Jan 2021 di Balai Polis Ampang.


Saya juga sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang saman sivil terhadap YADIM.

YADIM diminta memberi penjelasan dari mana mereka memiliki kuasa mengisytiharkan mana-mana individu sebagai sesat sekaligus mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Malaysia.

YADIM diminta memohon maaf melalui kenyataan yang disiarkan di media utama yang boleh dibaca oleh rakyat Malaysia di negara ini atas kesalahan mereka menuduh saya membawa ajaran sesat tersebut tanpa sebarang siasatan rasmi.

YADIM juga telah melanggar dan mendahului Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana setiap tindakan berkaitan kesalahan dibawah Enakmen Undang-undang Syariah Selangor mestilah mendapat kelulusan JAIS terlebih dahulu.


Untuk makluman sehingga kini tiada mana-mana pihak berkuasa agama Islam secara rasmi atau tidak, menghubungi saya untuk bertanya, memberi keterangan, membantu apa-apa siasatan dan/atau mengesahkan apa-apa perkara berkaitan tohmahan Nasruddin tersebut.

Saya merafak sembah kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Malaysia dan kepada DYMM Sultan Selangor supaya mengambil tindakan ke atas mana-mana pertubuhan atau individu yang kononnya berkaitan dengan agama Islam (seperti YADIM) tetapi memandai-mandai, mempersendakan sistem pengisytiharan fatwa kebangsaan, serta menghina Ketua Agama Islam.

Saya amat kecewa kerana sebagai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia seharusnya mengambil pendekatan dakwah dan berhemah sebagaimana namanya malah mengikut Quran, Tuhan melarang kita menerima satu berita tanpa menyiasat dan mengesahkan berita itu terlebih dahulu daripada orang yang dituduh.

Di kesempatan ini saya ingin memaklumkan beberapa laman sosial FB berlandaskanatau bertopengkan agama seperti Sidang Kalam dan Suhili Nain turut menyebarkan fitnah saya menerusi rakaman video yang sama.

Sekian.

– Ibu Yati







Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram