Guru ke sekolah perlu pakai PPE



PETALING JAYA- Guru-guru yang perlu menjalani sesi persekolahan secara bersemuka disaran untuk memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan ketika mengajar.

Setiausaha Agung Kesatuan  Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) diminta mengkaji semula aspek keselamatan guru khususnya mereka mengajar pelajar calon peperiksaan.


“KPM juga perlu menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) seperti pelitup muka dan baju ‘overcoat’ mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan agar keselamatan dan kesihatan guru lebih terjamin,” katanya tadi. – Kosmo

 

Join our Telegram Channel
Telegram