Ebit Lew pasang internet di Lahad Datu



PETALING JAYA- Penceramah terkenal, Ebit Lew terus menyantuni rakyat di Lahad Datu, Sabah apabila memasang perkhidmatan internet di sebuah kampung di sana.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Ebit turut melahirkan perasan gembira bercampur sebak apabila memasang perkhidmatan wifi di Kampung Bangingod untuk kegunaan penduduk di sana.


Dia turut menghadiahkan beberapa tab dan 10 buah basikal kepada pelajar terpilih yang datang daripada keluarga susah.

“Pagi tadi ke Kampung Bangingod Felda Sahabat Lahad Datu, tak sangka dapat lihat rumah yang kecil sangat. Nak internet perlu pergi ke pantai dan atas titi.

“Cikgu juga kata mereka siap hantar kerja sekolah ke rumah pelajar bagi memastikan mereka semua belajar,” katanya.


Katanya, dia mendapatkan perkhidmatan internet dengan memasangnya di sebuah kedai.

“Kami akan bayar bulan-bulan untuk kegunaan anak-anak di sini,” tulisnya. – Kosmo











Join our Telegram Channel
Telegram