Bayaran BPN 2.0 mula dibayar 21 Januari ini



PUTRAJAYA – Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima membabitkan B40 dan M40 akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 21 Januari ini.

Bayaran bagi kategori B40 akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima pada 21 Januari manakala, penerima M40 pula akan menerima bayaran pada 25 Januari ini.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima tanpa akaun bank pula boleh menuntut bayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 Januari ini.

Beliau berkata, bagi penerima tanpa akaun bank di Sabah dan Sarawak pula, mereka boleh menuntut bayaran mulai awal Februari sehingga April depan di lokasi-lokasi yang akan diumumkan kelak.

“Bayaran ini dipercepatkan susulan pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Isnin lalu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – Kosmo





Join our Telegram Channel
Telegram