Annuar puji langkah Muhyiddin tangani Covid-19, diam tapi berkesan



KUALA LUMPUR, 19 Jan — Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa memuji usaha kerajaan membantu ekonomi rakyat melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai).

Jelas Annuar,  pakej diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membuktikan kerajaan serius dalam membantu rakyat berdepan ketidaktentuan ekonomi susulan pandemik Covid-19.


"Permai yang diumumkan semalam adalah manifestasi bahawa kita akan terus berusaha dan lakukan apa yang terdaya untuk meningkatkan keberkesanan usaha mencegah penularan Covid-19," katanya di media sosial, hari ini.

Semalam, Muhyddin mengumumkan pakej Permai bernilai RM15 bilion menerusi 22 insiatif.

Permai dibentuk dengan tiga matlamat iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.


Terdahulu, Annuar menyifatkan Muhyiddin sebagai pemimpin berkaliber yang sentiasa mendahulukan usaha membantu rakyat.

Katanya, apa yang penting adalah keberkesanan sesuatu usaha berbanding hanya melaungkan kata-kata retorik.

"PM menggunakan pendekatan biar tindakan berbicara...diam tapi berkesan," katanya lagi. – Projekmm


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram