Aktiviti sosial, keagamaan, rentas negeri tidak dibenarkan



PETALING JAYA – Aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam serta aktiviti sukan tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengecualian diberikan bagi negeri-negeri yang melaksanakan PKP Pemulihan, tertakluk kepada prosedur operasi standard lebih ketat.


Difahamkan, di kawasan yang dikenakan PKP hanya lima individu dibenarkan untuk menunaikan solat di surau atau masjid pada satu-satu masa.

Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara sepanjang PKP dilaksanakan.

Muhyiddin Yassin berkata, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan di kawasan PKP.


“Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.

“Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam
10 kilometer radius sahaja,” katanya. – Kosmo





Join our Telegram Channel
Telegram