Video CEO Tabung Haji lantikan PH maki staff tular



Tular satu video Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Properties, Damanhuri Mahmod sedang rancak memaki hamun staff seperti binatang yang hina.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mesyuarat yang dilakukan di atas talian melalui aplikasi Zoom.


Antara makian dan sumpah seranah yang dilontar yang berjaya dirakamkan di dalam video 2.55 minit itu seperti fu*k, bar*a, b*bi, b*doh, st*pid, id*ot, puk*mak korang dan kep*la but*h.

Difahamkan Damanhuri Mahmod dilantik sebagai CEO Tabung Haji sewaktu kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Damanhuri bagaimanapun tidak dipecat walaupun kerajaan PH telah tumbang selepas 22 bulan mentadbir negara. 


Netizen memberi pelbagai reaksi dan rata-ratanya terkejut dengan tindakan tidak professional seorang CEO yang meneraju organisasi Islamik seperti Tabung Haji ini.

Netizen menggesa agar CEO Tabung Haji dapat ditukar kepada yang individu yang lebih sopan dan beradab.

Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh Damanhuri mahupun Tabung Haji. – Cinca



Please subscribe

 

Join our Telegram Channel
Telegram