Saarani tiba di Istana Iskandariah



IPOH - Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Saarani Mohamad tiba di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada jam 10.15 pagi bagi Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-14 hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu turut ditemani isteri, Datin Aezer Zubin menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier.


Pada jam 10.30 pagi, keberangkatan tiba Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.

Berangkat sama pada istiadat hari ini, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Idris Shah.

Turut dilihat masuk ke pekarangan istana, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.


Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-14 hari ini dibuat selepas Sultan Nazrin berkenan melantik Saarani ke jawatan itu.

Istiadat tersebut diadakan di Balai Istiadat Kecil Istana Iskandariah di sini.

Kemelut politik Perak berlaku selepas ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan majoriti ADUN apabila undi percaya terhadapnya hanya mendapat 10 undi berbanding 48 undi yang menolak. – Sinar


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram