Najib dedah SD keluarga Zeti akui terima wang 1MDB, persoal kenapa PH, Tommy Thomas, badan siasatan sorok perkara ini



Bulan lepas, kita terima maklumat bahawa keluarga Zeti telah disiasat dan dikenakan tindakan di bawah akta jenayah Singapura sebab menerima dana dari 1MDB.

Dipercayai bahawa keluarga Zeti telah bertahun-tahun menerima dana dari Jho Low sejak sebelum 1MDB ditubuhkan. Dana yang berasal dari 1MDB turut diterima dalam akaun mereka - berjumlah lebih RM120 juta.

Wang bukan diterima atas nama-nama peribadi mereka tetapi dalam akaun bank di Singapura bawah nama sebuah syarikat luar pesisir yang dimiliki penuh oleh keluarga mereka.


(Mungkin mereka tak percaya dengan sistem perbankan Malaysia yang dipantau Zeti kot. Sebab itu mereka guna akaun bank matawang asing di Singapura)

Untuk menyelesaikan kes jenayah mereka, pada tahun lepas (2019) mereka telah bersetuju menyerah semula segala dana (dipercayai lebih RM100 juta) dalam akaun-akaun di Singapura mereka kepada 1MDB - kecuali dana melebihi RM12 juta dalam matawang asing yang mereka dakwa adalah dana mereka sendiri yang tiada kaitan dengan Jho Low.

Sebab itu, ketiga-tiga ahli keluarga Zeti telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyelesaikan kes mereka.

Lalu kami juga mendapat pengesahan daripada peguam-peguam mereka bahawa dokumen-dokumen SD mereka yang kita terima adalah sah.


Saya muatnaik satu daripada 3 SD mereka di sini.

Kami juga telah diberitahu bahawa badan-badan siasatan Malaysia termasuk Peguam Negara masa PH turut mengetahui perkara ini.

Persoalannya ialah mengapa peguam-peguam saya dan saya tidak pernah diberitahu perkara ini dan diserahkan dokumen-dokumen ini sebagai bukti kes dalam perbicaraan-perbicaraan saya memandangkan penglibatan Zeti sebagai Gabenor BNM masa itu dalam kes saya adalah penting sebab ianya melibatkan dana yang diterima dalam akaun bank atas nama saya di Malaysia?

– Najib Razak








Join our Telegram Channel
Telegram