KECOH: Neelofa kena minyak pengasih PU Riz, nikah senyap-senyap, transfer RM100, habis berjuta?



Sejak dari semalam, kecoh di media sosial apabila dikatakan hubungan selebriti popular yang juga merupakan seorang usahawan berjaya, Neelofa dan PU Riz bermasalah.

Ini dikuatkan lagi apabila ibu dan adik beradik Neelofa sudah unfollow PU Riz di laman sosial ig.

Lebih menghangatkan lagi keadaan apabila kesemua ahli keluarga Neelofa dilihat memuat naik status di ig story masing-masing dengan status yang hampir sama seperti memberi bayangan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.


Gambar-gambar ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lepas juga sudah dipadam oleh Datin Noor Kartini.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen menyifatkan ikatan pertunangan Neelofa dan PU Riz sudah terputus, namun sehingga saat ini kedua-dua belah pihak masih belum tampil mengesahkan perkara tersebut.

Seorang pengguna twitter memanaskan lagi keadaan apabila paparan skrin mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sebenarnya sudah pun berkahwin, pasangan tersebut dikatakan telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu di Kelantan.

Individu di dalam whatsapp itu juga mendakwa kononnya Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana sudah terkena ilmu pengasih.







Di ruangan komen, netizen dilihat memberikan komen dan pendapat masing-masing, komen dari pengguna facebook yang menggunakan nama Amirah Noraa berkata, "kena dgr 2 2 pihak ..Jgn pulak dgr 1 pihak..Whatsapp tersebar pun belum tentu betul..maaf la sy ckp..sepatutnya adik beradik duduk bincang secara personal..Jdi kan pengajaran nabila dlu mcmane..bila ada masalah semua adik beradik duk up perli dalam ig..dulu sharnaz ahmad..semua hentam perli dalam ig termasuk neelofa..Jdi lebih baik duduk bincang sesama keluarga..biar dh up dlm ig perkara jdi besar."






Diharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak, biarpun spekulasi demi spekulasi mula bertebaran. – Cari
Join our Telegram Channel
Telegram