Ibu Najib Tun Rahah meninggal dunia



PETALING JAYA- Tun Rahah Mohamed Noah, ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur hari ini pada usia 87 tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Isham Jalil kepada Kosmo! sebentar tadi.


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddn Shah mencemar duli menziarahi arwah semalam.

Beberapa tokoh negara turut meluangkan masa menziarahi Tun Rahah, antaranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Najib turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya menerusi hantaran di laman Facebooknya. – Kosmo

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin negara ziarah ibu Najib di hospital
 


Innalillahwainnailaihirojiun Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.

Posted by Najib Razak on Friday, December 18, 2020


Jenazah bonda dibawa pulang ke rumah. Kami dalam perjalanan. Saya kehilangan kata-kata. Bonda bagaikan pelita hidup saya. Dunia saya kini bagaikan dalam kegelapan. Tiada sinar cahaya lagi.

Posted by Najib Razak on Friday, December 18, 2020

KENYATAAN MEDIA Bismillahirrahmanirrahim Innalillahwainnailaihirojiun Dukacita dimaklumkan Bonda saya, Tun Hajjah...

Posted by Najib Razak on Friday, December 18, 2020


Join our Telegram Channel
Telegram