Cemas: Tren Monorel terbakar



PETALING JAYA – Perkhidmatan monorel di Stesen Maharajalela tergendala selepas satu gerabaknya terbakar pagi tadi.

Semua penumpang yang berada dalam gerabak itu berjaya menyelamatkan diri sebelum kehadiran pihak bomba.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pujul 7.27 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan gerabak penumpang di stesen Maharajalela menghala ke KL Sentral.


“Kesemua penumpang selamat keluar dari gerabak dengan bantuan petugas monorel,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 8.56 pagi tadi.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya. – Kosmo



Please subscribe










Join our Telegram Channel
Telegram