Belanjawan 2021 lulus dengan majoriti tiga undi



Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga.

Ia dijalankan melalui undi belah bahagi dengan 111 ahli parlimen menyokong, dan 108 MP menentang, dengan seorang lagi tidak hadir.


Undi belah bahagi pada peringkat jawatankuasa sebelum itu juga berakhir dengan 111-108, dengan satu ahli parlimen tidak hadir.

Ahli Parlimen yang tidak hadir itu dipercayai adalah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Rang undang-undang Perbekalan itu kini akan dibentangkan di Dewan Negara untuk dibahaskan dan diundi.


Dewan Rakyat kini mempunyai 220 anggota berikutan kematian dua Ahli Parlimen (Gerik dan Batu Sapi). Oleh itu, 111 undi adalah diperlukan untuk majoriti mudah.

Sebelum ini, Dewan Rakyat juga meluluskan peruntukkan Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Pendidikan Tinggi dengan undi suara.

[Laporan penuh menyusul]
Join our Telegram Channel
Telegram