UMANY beri amaran, Agong jangan campur urusan pentadbiran negara



Pertubuhan pelajar Cina pro-DAP iaitu Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana mencampuri urusan pentadbiran negara.

UMANY dalam satu hantaran Facebook berkata, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.

 
Kata pertubuhan itu, di bawah sistem ini, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan (YDPA) harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik atau bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang, kata UMANY.


Pada masa sama, UMANY menyatakan pendiriannya iaitu YDPA tidak boleh mencampuri urusan negara tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Bagaimanapun, hantaran UMANY di Facebook itu telah dipadamkan.

Siapa disebalik UMANY, persatuan pelajar yang berpusat di Universiti Malaya?

Mereka lantang mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menolak darurat.
















Join our Telegram Channel
Telegram