Rider Food Panda dicekik, dihempap kerana tak hantar makanan depan pintu rumah



Kelmarin satu video telah tular di laman sosial Twitter menerusi perkongsian yang dibuat oleh pemilik akaun, dikenali sebagai @afixqs.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, dua individu kelihatan sedang bergelut di mana salah seorang daripadanya ialah penghantar makanan Foodpanda.

Menurut Afiq, pemilik akaun tersebut, video itu diperolehinya daripada group whatsapp milik rider syarikat itu. 


Menerusi video yang dimuat naik, pergaduhan tersebut dipercayai berpunca daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan rider tersebut kerana pesanannya tidak dihantar hingga ke muka pintu.

Menurut Afiq, rider berkenan tidak dibenarkan untuk memasuki ke bahagian dalam bangunan tersebut. Jadi bukanlah saja-saja tak nak hantar.

Peraturan tak benarkan rider masuk, tapi rider pula yang jadi mangsanya?

Perkongsian yang dibuat oleh Afiq itu bagaimanapun mendapat reaksi buruk netizen yang cuba meletakkan kesalahan kepada penghantar makanan tersebut.


Walaubagaimanapun menurut lelaki itu, layanan buruk daripada pelanggan bukanlah sesuatu yang baru baginya, namun jelas Afiq lagi tiada siapa ingin menutup periuk nasi sendiri dengan sengaja.

Nak dapat kerja sebagai rider pun dah cukup susah!

Namun menurut sumber, katanya kes telah diselesaikan antara kedua-dua pihak, namun penulis tak dapat nak pastikan kesahihannya. – LobakMerah



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram