
BUTTERWORTH: Polis menahan seorang paderi warga Korea bagi membantu siasatan
berhubung kejadian cabul membabitkan beberapa mangsa lelaki orang kurang upaya
(OKU) di Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata, lelaki berusia 54 tahun
yang juga OKU itu ditahan di sebuah gereja di Pulau Pinang pada 8.30 malam
semalam susulan laporan polis diterima daripada beberapa mangsa, termasuk dua
di daerah Seberang Perai Utara.
“Di Pulau Pinang, polis terima beberapa laporan membabitkan semua mangsa
lelaki yang merupakan OKU, antaranya bisu dan pekak berhubung kejadian cabul
itu dan saya difahamkan terdapat (beberapa) laporan di negeri lain berhubung
insiden sama.
“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan
kami turut merampas telefon bimbit daripada paderi yang juga OKU bisu serta
pekak bagi membantu siasatan, saya minta orang ramai tidak buat sebarang
spekulasi, biar kami jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari
ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Haramkan sekolah tahfiz kalau mahu haramkan arak, kata Siti Kassim
Join our Telegram Channel