Rentas daerah sambut birthday, Adun DAP didesak letak jawatan



PETALING JAYA – Tular di media sosial gambar dan video sambutan ulang tahun kelahiran Adun Ketari Young Syefura di Avani Sepang Goldcoast Resort yang terletak di Selangor telah dimuatnaik oleh beliau sendiri.

Gambar tersebut mencetuskan persoalan samada pergerakan mereka mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.


Netizen mendakwa kumpulan Young Syefura itu telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri.

Young Syefura atau juga mesra dengan panggilan Rara turut telah melanggar SOP larangan mengadakan sebarang aktiviti berbentuk keraian seperti menyambut hari jadi dalam tempoh ini.


Pelanggaran itu mendapat kecaman netizen dan tidak lama selepas itu wakil rakyat DAP itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan sedia memberi kerjasama untuk disiasat oleh pihak berkuasa.

Warga netizen bagaimanapun tidak menerima permohonan maaf itu dan mendesak Young Syefura untuk meletakkan jawatan sebagaimana desakan beliau terhadap menteri komoditi dua bulan lalu. – Cinca









Join our Telegram Channel
Telegram