Cerita Puad Zarkashi karut – Annuar Musa



CYBERJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa terdapat pertelingkahan dalam mesyuarat Kabinet rabu lalu berkaitan dengan isu darurat seperti yang didakwa oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi.

Puad dalam cacatan Facebooknya petang tadi mendakwa menteri-menteri kabinet dari UMNO ‘dibelasah’ dalam Mesyuarat Kabinet Rabu lalu kerana tidak menyokong cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkenaan rasional darurat yang dikemukakan Perdana Menteri.


Annuar kemudiannya menulis ciapan twitter dengan menolak cerita Puad sebagai “tidak benar dan mengarut.

Puad Zarkashi sebelumnya mendakwa UMNO menjadi sasaran kerana Menteri UMNO menyokong keputusan Majlis Raja -Raja yang menolak perisytiharan darurat. – SuaraTV




Join our Telegram Channel
Telegram