"Solat je lah balik daddy oi" Zizie Ezette kongsi video Bung Moktar kena kacau ketika solat



Bekas pelakon popular Datin Seri Zizie Ezette berkongsi beberapa video di laman Instagram yang memaparkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin sedang menunaikan solat.

Bagaimanapun, ibadah tersebut agak ‘terganggu’ dengan kerenah anak-anak yang mungkin ingin melepaskan rindu terhadap beliau selepas sibuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini.


“Budak2 ni biasa tak kacau bila daddy solat, tapi agaknya berhari2 sibuk jumpa pun sekejap-sekejap mungkin ni cara diaorang nak perhatian dan lepas rindu,” kata pelakon berusia 41 tahun itu.

Menurut Zizie, momen anak-beranak berkenaan disifatkan lucu selain sekadar mahu berkongsi bersama pengikut yang turut terhibur melihat gelagat anak-anaknya.


Walaupun Zizie bercadang untuk padamkan video tersebut, ia dihalang oleh netizen dan rakan-rakannya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu selesai mengangkat sumpah di Istana Negeri sebagai Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah. – TunCarlos 



Please subscribe







Join our Telegram Channel
Telegram