Selesai mengadap Agong, Anwar no comment



KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengadap YDP Agong di Istana Negara pagi ini.

Beliau yang tiba kira-kira 10.25 pagi melalui Pintu 2, dilihat meninggalkan Istana Negara melalui pintu yang sama kira-kira 11.30 pagi tadi.


Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang komen daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal.

Sementara itu, pihak media dimaklumkan beliau akan membuat pengumuman penting pada satu sidang media khas pada jam 2 petang ini.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar akan mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri baharu.


Jumlah itu, beliau gambarkan bukan sahaja melebihi majoriti mudah, tetapi ia sangat kukuh dan meyakinkan.

Ketika ini media masih cuba mendapatkan pengesahan jika ada sidang media susulan hasil pertemuan beliau dengan YDP Agong. – AstroAwani


ARTIKEL BERKAITAN:
 


Join our Telegram Channel
Telegram