IPOH – Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh
terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan
Pengerusi UMNO Perak tidak dapat dipulihkan.
Sejak beberapa minggu lalu, Dato’ Saarani Mohamad telah beberapa kali
dilaporkan bercakap dengan pemimpin UMNO mengenai isu kepimpinan kerajaan
Perikatan Nasional Perak dan membayangkan akan membuat tindakan drastik jika
tiada perubahan.
Menurut sumber dalaman UMNO, Saarani telah mempunyai cukup sokongan
untuk menjatuhkan Ahmad Faizal, bagaimanapun masih memberi ruang kepada pucuk
pimpinan parti untuk menyelesaikannya.
Saarani dikatakan telah mendapat sokongan tanpa syarat dari Pas (3) kerusi dan
empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR dan DAP.
Sumber tersebut turut menyatakan kemuncak kemarahan UMNO Perak adalah
pelantikan ADUN BN sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar yang baharu tanpa
melalui sebarang perundingan dengan UMNO dan sikap PPPBM dalam pelantikan
Ketua Menteri Sabah tempoh hari.
“Tindakan Peeja (Ahmad Faizal) melantik ADUN Pengkalan Hulu (UMNO),
Dato’ Aznel Ibrahim, sebagai Setiausaha Politiknya, adalah satu tindakan
terdesak untuk memecahkan kesatuan UMNO dan melemahkan ruang perundingan.”
Pentadbiran negeri Perak sekarang terdiri daripada Barisan Nasional, PPBM dan
PAS, Gerakan, dan bebas mempunyai 35 daripada 59 kerusi DUN.
Perubahan sekutu politik pada Mac lalu, menyaksikan Ahmad Faizal kekal sebagai
Menteri Besar Perak walaupun PBBM hanya mempunyai empat kerusi.
Kerajaan negeri kini terbentuk hasil gabungan wakil rakyat UMNO (25 kerusi),
Pas (3 kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (4 kerusi). Dari segi
kekuatan politik UMNO sepatunya diberi jawatan Menteri Besar.
“Kita mengambil sikap bertolak ansur dalam memulihkan pentadbiran negara
dan negeri ketika itu. Namun lihat apa yang terjadi di Sabah? Kita hanya
kurang 4 kerusi dari PN Sabah, namun mereka langsung tidak bertolak ansur.”
Sumber dalaman UMNO tersebut turut menegaskan apa yang berlaku di Sabah adalah
kelangsungan budaya politik PPBM yang mengamalkan politik pecah dan perintah
merasakan mereka layak menjadi ketua di mana-mana sahaja kerana UMNO menyokong
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
“Seperti mana mereka curi wakil rakyat kita selepas PRu-14, demikian juga di
Sabah. Mereka menarik calon bebas yang menang menentang kita sebagai ahli
parti mereka. Adakah ini persahabatan politik?
Join our Telegram Channel