Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu
yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri,
lapor sebuah laporan media hari ini.
Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu
itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah
kepada parti terbabit mengemukakan calon.
Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden
Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk
itu masih dibicarakan di mahkamah.
“Tan Sri (Muhyiddin) boleh terima Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Naib
Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob atau Hishammuddin Hussein yang kini tiada
sebarang jawatan dalam parti.
"Sekarang (Muhyiddin) cuma menunggu cadangan Umno, tapi jika mereka bertegas
mahukan Zahid, maaflah," katanya.
Untuk rekod Hishammuddin ialah bekas naib presiden Umno.
Selepas dilantik menjadi perdana menteri pada Mac lalu, Muhyiddin tidak
melantik timbalan perdana menteri seperti biasa yang dilakukan pemimpin
terdahulu.
Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan. Daripada jumlah itu dua adalah
dari Bersatu, seorang Umno dan seorang lagi Gabungan Parti Sarawak.
Menurut laporan itu lagi, seorang sumber dari Umno mendakwa parti berkenaan
diminta membentuk sebuah jawatankuasa rundingan bagi membincangkan terma baru
kerjasama mereka dengan Bersatu, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri
dan jawatan lain.
Jika Muhyiddin gagal memuaskan hati Umno, kata sumber-sumber, mereka akan
mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan sebaik saja ancaman Covid-19
berkurangan.
Katanya pertemuan Majlis Tertinggi Umno semalam turut membincangkan
kemungkinan menyegerakan PRU.
"Tapi ini bergantung kepada langkah lanjut Muhyiddin, termasuk jika dia
mengemukakan tawaran baru kepada Umno seperti pelantikan timbalan perdana
menteri, usaha menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi," kata sumber yang
hadir dalam pertemuan semalam.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
- Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin
- Sokong Anwar: Najib jawab fitnah portal adik Latheefa Koya
- Kerajaan yang perlukan sokongan Najib boleh pergi jahanam – Tony Pua
- DAP sokong Muhyiddin dengan syarat pecat Hamzah, Azmin – Liew Chin Tong
- DAP akan pertahan institusi raja, hak istimewa Melayu, Islam
- Meeting UMNO putus tetap tolak Anwar, DAP, terus sokong PN
- Sokong Anwar, mesti dijanjikan sesuatu – Tun Faisal
- Respon Najib dituduh gila kuasa kerana cadangan sokong Anwar
- Hati-hati dengan kumpulan kecil dalam Umno – Aznil
- Malaysianow dedah surat Zahid sokong Anwar, tuntut jadi TPM
- Biasalah melawat orang sakit – Najib
Join our Telegram Channel