[LIVE] Sidang media khas Anwar Ibrahim selepas mengadap Agong



KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas sebarang komen sebaik sahaja meninggalkan Istana Negara kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan bagaimanapun dikatakan akan membuat pengumuman penting dalam sidang akhbar khas pukul  2 petang nanti.


Pada 23 September lalu, Anwar dalam satu sidang akhbar mendakwa mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada kalangan ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara. – Utusan 



Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram