Ebit hantar dua lori air untuk penduduk Batu Caves



MESTI ramai yang teringin Ebit Lew menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri malah menjadi Menteri Besar di tempat masing-masing.

Mana taknya dengar sahaja ada orang susah tak ada makanan dia sampai bagi makaman. Dengar ada rakyat duduk dalam rumah macam reban ayam dia sampai bersihkan dan sewakan rumah. Dengar sahaja banduan perlukan bantal, tilam, kipas, makanan akibat Covid-19 di penjara, tak menyempat-menyempat dia hantar bantuan ke penjara.

Terkini semalam, pendakwah bebas dengar ada yang meminta bantuan air. Tak bertangguh-tangguh dia menghantar dua lori air untuk dianggihkan kepada penduduk di pinggiran Batu Caves.

Dari 10 pukul malam tadi, kumpulannya keluar rumah untuk menguruskan agihan air sehingga subuh kepada penduduk yang memerlukan.


Paling sayu menurut beliau, bukan sahaja kanak-kanak datang untuk mengambil air yang dihantar tetapi orang tua juga keluar untuk untuk menadah air.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ahli jawatankuasa (ajak) semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah,” kata Ebit.

Beliau turut berdoa agar semua negeri yang ada masalah air dipermudahkanlah.


Kata Ebit, ramai sangat yang meminta tolong kepadanya. Ini termasuk pusat dialisis dan klinik pun memerlukan.

Bila baca dan lihat apa yang Ebit lakukan untuk rakyat, rasanya dia lebih layak jadi pemimpin negeri dan negara berbanding beberapa kerat ahli politik yang asyik berebut kuasa.

Di tengah-tengah rakyat bimbang dengan penularan Covid-19 ada pula yang sibuk menghantar usul sana, usul sini semata-mata mahu puak masing-masing menjadi perdana menteri.

Malulah sikit wahai ahli politik yang berkenaan. Malulah kepada rakyat yang memerhati. Selesaikan dahulu masalah rakyat kemudian baru fikir tentang kuasa. – SM































Join our Telegram Channel
Telegram