DAP salahkan Agong tak beri Anwar peluang buktikan majoriti?



DALAM tulisan beliau bertajuk ‘Apakah hari-hari Muhyiddin akan berakhir?’ (‘Muhyiddin days numbered?’), Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, menulis begini:

“Anwar telah tidak diberikan peluang saksama untuk membuktikan majoriti ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong…”

(“Anwar has not been given the fair opportunity to prove this majority before the Yang di-Pertuan Agong…”)


Bukankah Yang di-Pertuan Agong telah memberikan peluang seluas-luasnya untuk Datuk Seri Anwar membuktikan majoriti ini sewaktu majlis mengadap beliau pada 13 Oktober lalu?

Bukankah, mengikut Istana Negara, Datuk Seri Anwar sendiri yang memilih untuk hanya mengemukakan jumlah tetapi tidak senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau?

Bukankah, mengikut pelbagai tulisan yang disebar oleh para penyokong beliau, Datuk Seri Anwar sengaja tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Parlimen tersebut sebagai satu strategi?


Mengapa pula DAP kini kelihatan mula menyalahkan Yang di-Pertuan Agong kerana kononnya telah tidak memberikan peluang saksama untuk Datuk Seri Anwar membuktikan majoriti ini?

Tulisan Dr P Ramasamy boleh dibaca di sini.

– Dr Kamarul Yusuff


Join our Telegram Channel
Telegram