Tular pula video budak kendali excavator



Jika sebelum ini budak memandu kereta dan lori menjadi bualan netizen, kali ini video budak mengendalikan kren (excavator) pula tular di media sosial.

Di dalam video yang tular itu dapat dilihat dengan jelas seorang kanak-kanak sedang mengendalikan kren jenis Volvo.



Turut berada di dalam kren tersebut dua orang kanak-kanak lain yang sedang diperhatikan oleh dua orang dewasa yang salah seorangnya adalah perakam video yang tular itu.

Netizen memberikan reaksi yang pelbagai, namun rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dan risau jika berlaku sesuatu yang tidak diingini memandangkan mereka masih lagi kanak-kanak.

Sebelum ini pihak polis telah mengambil tindakan ke atas bapa kepada kanak-kanak yang memandu kereta dan lori treler.



Mereka masing-masing di siasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 .

Bapa kanak-kanak yang memandu lori bagaimanapun ditahan reman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:


Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram